mutakhir

8 premis dikendali warga asing ditutup, disita

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup dan menyita lapan premis di sekitar ibu kota dalam operasi pemantauan warga asing, hari ini.

DBKL dalam kenyataan di Facebook (FB) rasminya berkata, pemantauan dilakukan di tiga lokasi utama di Jalan Tun Tan Siew Lin, Jalan Ain Arabia dan Lorong Jubelee di Kuala Lumpur.

"Hasil pemeriksaan dan pemantauan didapati lapan premis berkenaan dikendalikan oleh warga asing.

"Lapan premis membabitkan dua kedai runcit, tiga kedai makan, dua kedai telekomunikasi dan satu kedai majalah," katanya.

DBKL menegaskan, semua premis berkenaan diambil tindakan dengan menutup premis mengikut Seksyen 101 (1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Semua premis berkenaan dikendalikan warga asing dengan menggunakan permit pekerjaan berlainan sektor.

"Orang ramai yang mempunyai aduan berhubung premis yang dikendalikan warga asing boleh menyalurkan terus kepada DBKL untuk diambil tindakan segera," katanya.

Disiarkan pada: May 14, 2020 @ 6:03pm
d