mutakhir

Beredar selepas 40 minit [METROTV]

Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman

KENDERAAN membawa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat keluar meninggalkan Wisma Darul Aman pada 10.40 pagi, hari ini.

Beberapa kenderaan membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS juga dilihat keluar beberapa minit selepas itu.

Difahamkan, semua mereka baharu selesai mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Majlis mengadap itu diadakan berikutan krisis politik negeri yang membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Ia susulan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 ADUN di negeri ini, Selasa lalu.

Berita berkaitan:

  • ADUN Pas, UMNO menghadap Sultan Kedah
  • Disiarkan pada: May 15, 2020 @ 11:06am
    d