mutakhir

Hari ketujuh, Priaangka belum ditemukan

Oleh Ahmad Ismail

HARI ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan hilang dihanyutkan arus di Parit Bugis, dekat Panchor, Muar, Ahad lalu belum membuahkan hasil.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Hairulnizam Redzuan berkata, sejak beberapa hari lalu operasi dilakukan lebih 18 jam sehari membabitkan 19 anggota BBP Pagoh, Muar dan Segamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.

"Operasi diteruskan dengan memperluaskan kawasan pencarian sehingga 20 kilometer di sepanjang Sungai Besar Panchor," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mencari petunjuk dengan mengesan tanda lain seperti cebisan pakaian mangsa.

Ahad lalu, bomba menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian menimpa S Priaangka, 10, pada jam 6.22 petang.

Disiarkan pada: May 16, 2020 @ 4:30pm
d