mutakhir

Angkat sumpah MB Kedah baharu esok

Oleh Yusmizal Dolah Aling

MAJLIS Pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu akan diadakan di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah di Wisma Darul Aman 3 petang esok.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat makluman, hari ini.

Sumber berkata Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah-14 selepas Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Katanya, dengan pelantikan itu, maka kemelut politik negeri yang menjadi perhatian ramai sejak Selasa lalu.

"Selepas selesai majlis angkat sumpah esok, Adun yang terpilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) pula akan mengangkat sumpah.

"Setakat ini perbincangan mengenainya masih berjalan. Kita tunggu nanti bagaimana dan siapa yang dilantik," katanya kepada Harian Metro.

Sumber berkata, lima Adun Pas dijangka dilantik sebagai Exco, Bersatu (3), Umno (1) dan Bebas (1).

Komposisi Dun Kedah yang terbaru menyaksikan Pas kekal dengan 15 kerusi, manakala PKR (lima), Amanah (empat), Bersatu-PN (empat), Bersatu-PH (dua) dan DAP sebanyak dua kerusi.


Berita berkaitan:

  • Tunggu keputusan Sultan Kedah
  • 'Macam-macam cara khianat' - Mukhriz
  • Sidang DUN putuskan siapa MB: Mukhriz
  • Saya masih Menteri Besar: Mukhriz
  • Sanusi bakal MB Kedah baharu?
  • PN Kedah umum pembentukan kerajaan negeri baharu
  • ADUN Sidam, Lunas keluar PKR, sokong Muhyiddin
  • PN dijangka umum kerajaan negeri baharu Kedah
  • Kemelut Kedah berakhir hari ini?
  • Disiarkan pada: May 16, 2020 @ 4:59pm
    d