mutakhir

Sultan Johor zahir terima kasih sempena Hari Guru

Oleh BERNAMA

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru sempena Hari Guru hari ini.

Ucapan berkenaan dizahirkan menerusi catatan dan poster yang dimuat naik di laman Facebook baginda.

"Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu dan Guru. Jasa Anda Sekalian Akan Tetap Dikenang Selamanya," demikian ucapan dan poster yang dimuat naik berserta gambar Sultan Ibrahim.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menzahirkan Selamat Hari Guru menerusi catatan di Facebook baginda dengan menyifatkan tugas seorang guru tidak mudah malah memerlukan kesabaran dan pengorbanan amat besar.

"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai ibu bapa dapat merasa sendiri beratnya tanggungjawab profesion ini apabila menjadi guru ganti buat anak-anak bagi memastikan kelangsungan pendidikan.

"Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik- guru, cikgu, ustaz, ustazah, doktor dan profesor! Jasa anda sebagai pelita anak bangsa akan sentiasa saya kenang dan hargai," titahnya.

Disiarkan pada: May 16, 2020 @ 6:23pm
d