mutakhir

Tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SEBANYAK 265 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat hari ini.

Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 178 masih dalam siasatan, 30 kes didakwa di mahkamah, 11 kes diberi notis amaran dan 11 sudah mengaku bersalah.

"Sekali lagi kerajaan ingin memberi peringatan untuk berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

"Pihak PDRM dan SKMM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu," katanya pada sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyemak kesahihan berita melalui portal sebenarnya.my.

Disiarkan pada: May 17, 2020 @ 5:46pm
d