mutakhir

Tak perlu bayar sewa April - MAIS

Oleh Norzamira Che Noh

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) memberi kelonggaran dengan mengecualikan bayaran sewa bagi April kepada penyewa premis dan tanah miliknya.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, inisiatif berkenaan diambil seiring dengan tindakan kerajaan negeri bagi membantu penyewa yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Penyewa premis dan tanah MAIS terdiri daripada peniaga runcit serta peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 dan PKP.

"Sebanyak 134 individu serta syarikat yang terbabit sudah dikenalpasti dan diberikan pengecualian sewaan bulan April ini.

"Jumlah keseluruhan sewaan ini berjumlah kira-kira RM518,248.50," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, MAIS berharap dengan pengecualian sewaan itu dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga kecil dan sederhana yang terjejas hasil pendapatan.

Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 2:33pm
d