mutakhir

Sidang DUN Perlis hanya 90 minit

Oleh BERNAMA

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang akan berlangsung dua hari bermula esok hanya akan bersidang selama satu jam setengah pada kedua-dua sesi.

Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari berkata, perkara itu diputuskan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menurut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19.

"Kita akan pastikan persidangan berlangsung dalam tempoh yang disarankan iaitu selama satu jam setengah dan tidak akan melebihi dua jam," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Hamdan juga berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) perlu datang awal bagi menjalani saringan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Perlis bermula 9 pagi sebelum mereka dibenarkan memasuki dewan persidangan.

Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 3:48pm
d