mutakhir

Rayuan Dr Noor Hisham [METROTV]

Oleh Shamran Sarahan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merayu supaya pelajar, guru dan kakitangan pusat tahfiz serta madrasah persendirian tampil membuat saringan ujian Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sedang menggandakan usaha mendapatkan kerjasama daripada pusat tahfiz mahupun madrasah persendirian di seluruh negara.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menulis surat kepada sekolah tahfiz persendirian tetapi ada yang tutup (ketika ini). Kita harap dapat kerjasama pelbagai pihak.

"Apa yang penting, KKM merayu bukan saja pelajar tetapi guru dan kakitangan juga diminta tampil ke depan untuk menjalani saringan ujian Covid-19.

"Setakat ini, kita harap dapat tingkatkan lagi kenal pasti sekolah tahfiz dan madrasah supaya kita dapat laksanakan ujian dan saringan Covid-19 kepada mereka," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 6:23pm
    d