mutakhir

Biar ada makanan atas meja raya ini

Oleh Hazri A Bakar

MENYEDARI Aidifiltri menjelang tiba, Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin Kota Tinggi (PKJPKT) menjelajah hingga ke Segamat untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

Lebih 90 keluarga dibantu melalui sumbangan keperluan harian dan makanan yang dijangka dapat bertahan untuk dua minggu.

Antara makanan yang diagihkan ialah beras, kopi, gula, susu, sardin, bihun, biskut, minyak masak dan kurma.

Pengerusi PKJPKT, Tan Lek Khang berkata, sumbangan disasarkan kepada golongan memerlukan di luar bandar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

Katanya, bermula kelmarin pihaknya mengagihkan sumbangan di beberapa kampung di sekitar Kemang, Labis dan Bekok.

"Ketika kita nyenyak tidur, mungkin ada golongan kurang berkemampuan tidur dalam keadaan kelaparan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling bantu membantu golongan ini.

"Kita juga mahu pastikan mereka ada makanan di atas meja pada Aidilfitri ini dan ini adalah sumbangan kecil kami untuk mereka," katanya.

Menurutnya, agihan sumbangan turut dibantu pemimpin setempat bagi mengenal pasti keluarga yang layak menerima.

Disiarkan pada: May 21, 2020 @ 11:16am
d