mutakhir

Mujurlah, 20 ahli keluarga wanita hamil negatif... [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan hasil ujian saringan terhadap 20 ahli keluarga wanita mengandung yang disahkan positif Covid-19, semalam, adalah negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM bagaimanapun masih menunggu keputusan ujian saringan terhadap 10 lagi ahli keluarga wanita berkenaan.

Menurutnya, ujian saringan perlu dilakukan terhadap ahli keluarga wanita berkenaan terlebih dahulu sebelum kontak rapat lain.

"Kita sudah jalankan siasatan, pesakit berumur 31 tahun dan mengandung 35 minggu. Pertama, kita saring ahli keluarga, setakat ini 20 negatif (Covid-19) manakala 10 lagi masih menunggu keputusan.

"Kedua, kita akan jalankan saringan dalam kalangan kontak rapat di Ampang (kawasan rumah wanita terbabit)," katanya pada sidang media harian Covid 19 di KKM, Putrajaya, hari ini.

Semalam, KKM mengesahkan seorang ibu mengandung dari Ampang yang pulang ke kampung di Kuala Krai, Kelantan disahkan positif Covid-19.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya memaklumkan pesakit berkenaan sudah diasingkan dan diberikan rawatan.

Disiarkan pada: May 21, 2020 @ 6:10pm
d