mutakhir

BSMM Selangor sumbang pelitup muka, pensanitasi tangan

BULAN Sabit Merah Malaysia (BSMM) Selangor menyumbangkan pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada warga kerja Harian Metro, di Kuala Lumpur, hari ini.

Pemangku Pengerusi PBSM Negeri Selangor R Nanthakumar berkata, sumbangan itu bagi menghargai pengorbanan petugas media dalam menyampaikan maklumat isu semasa khususnya ketika wabak Covid-19 mengancam dunia.

"Sumbangan ini adalah bagi menghargai petugas Harian Metro, yang menjadi sebahagian petugas barisan hadapan, dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat Malaysia, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Sebanyak 1,000 pelitup muka dan 50 pensanitasi tangan disampaikan BSMM Selangor untuk warga kerja Harian Metro.

Disiarkan pada: May 22, 2020 @ 3:22pm
d