mutakhir

1 kes baharu Covid-19 di Sarawak

Oleh Mohd Roji Kawi

SELEPAS lapan hari sifar kes baharu Covid-19, Sarawak mencatatkan satu kes positif pandemik itu, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kes terbaharu itu dilaporkan di Kuching menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak 545 kes.

Katanya, empat pesakit disahkan sembuh dan discaj dari hospital dengan tiga daripadanya dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu dari Hospital Bintulu.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 disahkan sembuh dan discaj adalah seramai 459 orang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, sehingga hari ini, JPBN menyelaras kepulangan seramai 8,500 pelajar dari Semenanjung, Sabah dan Labuan.

"Sehingga kini terdapat 53 pusat kuarantin dibuka menempatkan 3,735 orang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 22, 2020 @ 6:28pm
    d