mutakhir

Kecoh kenderaan dirempuh [METROTV]

Oleh Wartawan Harian Metro

LELAKI merempuh beberapa kenderaan yang diletakkan di tepi laluan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, dipercayai berlaku awal pagi tadi.

Terdahulu, dua rakaman kejadian berkenaan dirakam penghuni kawasan terbabit masing-masing berdurasi lebih dua minit tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Dalam rakaman itu memaparkan satu kenderaan berwarna putih merempuh kenderaan lain yang diletakkan di tepi laluan berkenaan.

Turut kelihatan dalam rakaman video itu adalah kereta peronda polis (MPV) yang cuba menghalang kenderaan itu.

Malah, orang awam juga dilihat cuba menghentikan tindakan pemandu itu termasuk dengan membaling objek ke arah kenderaan berkenaan.

Menerusi rakaman itu, pemandu juga dilihat melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan berkenaan di laluan terbabit.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu kenderaan itu berjaya ditahan atau sebaliknya.

Punca kejadian serta motif pemandu kenderaan itu bertindak sedemikian tidak dapat dipastikan.

Disiarkan pada: May 23, 2020 @ 11:10am
d