mutakhir

Lori tangki muatan diesel musnah terbakar [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SEBUAH lori tangki membawa muatan diesel musnah terbakar selepas terbabit kemalangan di Kilometer 35.8 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala Shah Alam, di Subang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.34 tengah hari.

"Seramai 17 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang, BBP Kota Anggerik dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan 20,000 diesel.

"Kenderaan itu dipercayai terbabit kemalangan menyebabkannya terbalik sebelum terbakar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira satu jam kemudian.

"Pemandu lori berjaya menyelamatkan diri, namun difahamkan dia mengalami kecederaan akibat kemalangan itu dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Disiarkan pada: May 23, 2020 @ 5:28pm
d