mutakhir

Penjualan rokok seludup di Seremban lumpuh

Oleh Mohd Amin Jalil

KEGIATAN penjualan rokok seludup dimonopoli warga Indonesia di sekitar daerah ini serta Senawang lumpuh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan.

Bekas Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan Mohd Fadil Baharuddin berkata, sejak perintah berkenaan dikuatkuasakan, tiada lagi kegiatan menjual rokok seludup dikesan.

Menurutnya, sebelum ini, beberapa lokasi seperti di Bandar Prima Senawang, Dataran Senawang selain restoran sering menjadi pilihan peniaga terbabit.

"Ternyata PKP dan PKPB ada hikmah tersendiri apabila kegiatan menjual rokok seludup dilihat lumpuh.

"Bagaimanapun, pemantauan oleh pihak berkuasa perlu diteruskan untuk memastikan dalang kegiatan itu dapat ditumpaskan," katanya.

Menurutnya, penjualan rokok seludup bukan sahaja merugikan kerajaan malah boleh mengundang masalah sosial.

"Saya berharap masyarakat dapat bersama-sama berusaha membantu membanteras sepenuhnya kegiatan menjual rokok seludup ini," katanya.

Disiarkan pada: May 27, 2020 @ 3:22pm
d