mutakhir

Kertas siasatan gangguan seksual Adun sudah dibuka

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung gangguan seksual ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan daripada Adun terbabit pada 22 Mei lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 507, Kanun Keseksaan danSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, manakala, Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei yang turut mendakwa menerima gangguan seksual masih belum tampil membuat laporan polis.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen mengecam tindakan gangguan seksual ke atas dua Adun terbabit di laman sosial Twitter masing-masing.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam perbuatan itu dan menggesa siasatan segera dijalankan pihak berkuasa.

Perkara sama turut disuarakan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengecam dan menjelaskan sebarang bentuk gangguan seksual adalah tindakan jenayah yang tidak patut dipandang remeh dan dibiar menjadi budaya masyarakat.

"Saya harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Mereka menerima ancaman itu dari pemilik laman sosial Facebook yang memuat naik kenyataan berbaur gangguan seksual.

Disiarkan pada: May 27, 2020 @ 5:17pm
d