mutakhir

Hanya perlu tunjuk tikel kapal terbang [METROTV]

Oleh Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi

WARGA asing yang mempunyai masalah visa sudah tamat tempoh tidak akan dikenakan sebarang tindakan berikutan penutupan pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) fasa satu susulan Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun mereka mempunyai dua pilihan di mana jika ada yang ingin pulang boleh terus ke lapangan terbang dan hanya menunjukkan tiket kapal terbang.

Menurutnya, mereka akan dilepaskan untuk pulang walaupun visa tamat tempoh tetapi mesti memiliki tiket kapal terbang.

"Pilihan kedua pula, jika masih ingin tinggal lebih lama di negara ini pula warga asing ini perlu membuat permohonan dalam talian untuk mengadakan temu janji dengan JIM selepas pejabat imigresen mula dibuka.

"Mereka perlu buat permohonan temu janji dahulu bagi menetapkan tarikh dan memperbaharui visa untuk tinggal lebih lama di negara ini," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, peraturan sama juga digunakan bagi pas lawatan sosial yang tamat tempoh tidak akan dikenakan tindakan sebaliknya boleh menggunakan dua pilihan itu.

Mengulas mengenai penuntut antarabangsa yang berada di universiti, beliau berkata, jika ada kes baharu Covid-19 membabitkan mereka, tindakan akan diambil dengan membuat pengasingan untuk dirawat.

"Setakat ini tidak ada kes membabitkan penuntut antarabangsa dan jika ada kita akan ambil tindakan keluarkan mereka dari situ dan jika ramai dijangkiti akan buat saringan dalam universiti berkaitan sahaja," katanya.

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 3:24pm
d