mutakhir

Bergelut sebelum ditahan polis

Oleh Zuliaty Zulkiffli

LELAKI bergelut dengan anggota polis sebelum ditahan ketika cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya di Jalan Jeniang-Sik- Pedu di Begia, Sik, hari ini.

Dalam kejadian pada 9 pagi, suspek berusia 33 tahun dipercayai tokan itu dikatakan tidak memberi kerjasama untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, pemeriksaan pada beg pinggang coklat di pinggang suspek menemui empat peket plastik lutsinar mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah termasuk dadah dan dia juga didapati positif dadah jenis methapetamine.

"Hasil siasatan mendapati suspek yang juga penganggur itu dipercayai tokan yang mengedar dadah secara kecil-kecilan di kawasan itu.

"Suspek yang ditahan disiasat Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 28a Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)," katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, polis mengeluarkan 14 saman terhadap penunggang dan pemandu kenderaan kerana melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 6:22pm
d