mutakhir

Info tular itu palsu

Oleh Mahaizura Abd Malik

TARIKH sebenar pembukaan semula sesi persekolahan hanya akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan.

Kementerian itu dalam kenyataan ringkas di laman Facebook rasmi mereka menafikan penularan takwim sekolah yang tersebar di aplikasi WhatsApp.

"Info yang sedang tersebar luas di WhatsApp berkenaan Takwim Sekolah seperti di atas adalah palsu.

"Sebarang maklumat berkenaan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia saja," kata kenyataan itu.

Terdahulu tular mesej antaranya menyatakan sekolah menengah bakal dibuka pada Jun ini diikuti sekolah rendah pada Julai manakala murid pendidikan khas, pra sekolah dan tadika direhatkan hingga penghujung tahun ini.

Sebelum ini kerajaan hanya mengumumkan pembukaan sesi persekolahan akan diutamakan kepada pelajar yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Namun, sehingga kini kerajaan belum mengumumkan tarikh sebenar pembukaan sekolah untuk pelajar berkaitan.

Disiarkan pada: May 29, 2020 @ 5:31pm
d