mutakhir

Tanah runtuh, 40 diarah tinggalkan rumah [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SERAMAI 40 penghuni di tujuh rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa dekat Ampang diarah meninggalkan kediaman masing-masing susulan berlaku tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.21 pagi tadi dan sebuah jentera dengan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ampang di hantar ke lokasi untuk membuat pemantauan.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada pergerakan tanah kerana hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Beliau berkata, 40 penghuni di tujuh rumah diarah meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbang keselamatan mereka.

"Buat masa ini semua penghuni tidak dibenarkan berada di kediaman sehingga pihak kerajaan tempatan memutuskan tindakan seterusnya," katanya.

Setakat ini, pelbagai agensi mula melakukan tinjauan dan pemantauan di kawasan itu dan dijangka kerja pemulihan akan segera dilaksanakan.

Disiarkan pada: May 30, 2020 @ 11:38am
d