mutakhir

Bukan kes bunuh tapi kemalangan jalan raya

Oleh Roselan Ab Malek

HANYA kerana penemuan sebilah parang dekat motosikal seorang lelaki yang meninggal dunia di Jalan Ulu Jenut-Kuala Krau, Temerloh, semalam, tular di media sosial kononnya mangsa dibunuh.

Kejadian jam 9.55 malam itu sebenar kemalangan maut membabitkan mangsa yang terbabas dipercayai mengantuk.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, dakwaan yang tular kononnya kejadian itu membabitkan kes bunuh tidak benar.

Katanya, mangsa, Mohamad Akhbar Abd Manaf, 24, dalam perjalanan dari Pekan Kuala Krau ke Jenderak Utara.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dipercayai akibat mengantuk dan keadaan jalan gelap tidak berlampu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa turut membawa parang di dalam raga motosikalnya.

Disiarkan pada: May 30, 2020 @ 1:23pm
d