mutakhir

Mengaku pandu ketika mabuk

Oleh Zuliaty Zulkiffli

PENIAGA didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, Rabu lalu.

Tertuduh Sim Kah Wei, 49, dari Butterworth, Pulau Pinang membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Lelaki itu didakwa memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar penghadang di Kilometer 40.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung pada 11.30 malam, 27 Mei lalu.

Hasil ujian dijalankan mendapati paras alkohol dalam badan lelaki itu didapati tinggi dan melebihi had ditetapkan.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 45 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tertuduh menjelaskan denda berkenaan.

Sebelum ini, Harian Metro

  • melaporkan
  • lelaki dipercayai mabuk nyaris merempuh sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung terbabit.

    Dalam kejadian 11.30 malam itu, lelaki terbabit yang memandu Proton Saga FLX dipercayai dalam perjalanan dari arah utara menuju ke Pulau Pinang.

    Bagaimanapun, kereta yang dipandunya dikatakan terbabas sebelum melanggar penghadang di tengah lebuh raya itu.

    Berita berkaitan:

  • Pemandu mabuk direman tiga hari
  • Lelaki mabuk nyaris rempuh sekatan polis [METROTV]
  • Disiarkan pada: May 31, 2020 @ 3:11pm
    d