mutakhir

Kerajaan terima banyak permohonan buka perniagaan [METROTV]

Oleh Hayati Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi

"INI perkara baru dan sebenarnya banyak permohonan kita terima terutamanya hari ini berkaitan jurufoto perkahwinan di mana dua hari lepas dalam mesyuarat khas menteri pun ada pihak lain seperti persatuan penjaja memohon kebenaran beroperasi kerana pendapatan terjejas teruk," kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permohonan jurufoto perkahwinan merakam gambar pasangan pengantin di luar pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail berkata, dua hari lalu beliau menerima permohonan daripada persatuan penjaja yang bertanya bila mereka boleh mula berniaga, membuka pasar malam dan beroperasi di pasar pagi.

Menurutnya, perkara ini sedang dibincangkan dan persatuan penjaja sendiri diminta berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara mengenai prosedur operasi standard yang sesuai dilakukan nanti.

"Kita tidak tahu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini disambung atau tidak tetapi saya jangkakan banyak lagi sektor akan dibuka bergantung kepada situasi semasa Covid-19.

"Jika kes mendatar atau menurun banyak, mungkin akan banyak sektor dibuka termasuk isu jurufoto perkahwinan ini," katanya.

Disiarkan pada: May 31, 2020 @ 5:45pm
d