mutakhir

3 kesan utama perokok dijangkiti Covid-19 [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad; Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

PEROKOK yang dijangkiti Covid-19 mempunyai komplikasi kesihatan 17 peratus lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak merokok.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kesan utama jika perokok dijangkiti Covid-19 adalah kerosakan paru-paru yang boleh mendatangkan kematian.

"Ini kerana kerosakan paru-paru dan jika mereka ada radang paru-paru boleh mengakibatkan komplikasi berakhir dengan kematian.

"Kedua, daripada segi protein pembekuan darah dalam saluran darah dan ketiga adalah ketahanan tubuh iaitu imuniti juga akan berkurang bagi pesakit yang merokok," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya pihaknya berharap kesempatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin satu kaedah untuk mereka berhenti mengamalkan tabiat merokok itu.

"Amalan merokok daripada dulu sampai sekarang kita tidak menggalakkan dan kalau boleh rakyat Malaysia patut berhenti merokok.

"Mungkin kesempatan PKP dan PKPB adalah masa sesuai untuk berhenti kerana kedai tidak menjual rokok tetapi kebanyakan sekarang (membeli) menggunakan platform e-dagang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 31, 2020 @ 6:24pm
    d