mutakhir

Ramai kenalan kakitangan Wisma Putra negatif Covid-19 [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia sudah melakukan ujian saringan terhadap 18 ahli keluarga terdekat dan 38 kakitangan Wisma Putra selepas seorang kakitangan Kementerian Luar disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesan seorang kakitangan Wisma Putra yang disahkan positif dan ketika ini sedang mengenal pasti kontak rapat dalam kalangan keluarga.

"Kita sudah melakukan ujian saringan terhadap 18 ahli keluarga manakala 38 kontak rapat dalam kalangan rakan sekerja di pejabat.

"Setakat ini, kakitangan berkenaan yang positif sudah diasingkan dan dirawat di hospital manakala 46 individu lain diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari," katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, kebanyakan mereka didapati negatif virus itu dan selebihnya masih menunggu keputusan ujian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 31, 2020 @ 7:11pm
    d