mutakhir

Allahyarham tak lekang dengan senyuman

Oleh Alzahrin Alias

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMW Holdings Bhd, Badrul Feisal Abdul Rahim meninggal dunia akibat serangan jantung di KPJ Ampang Puteri, semalam.

Jurucakap UMW berkata, Allahyarham berusia 50 tahun dan meninggal dunia 7.54 malam.

Difahamkan, jenazah Allahyarham sudah dibawa pulang ke kediaman dan dikebumikan hari ini.

Katanya, Allahyarham adalah seorang ketua yang tidak pernah lekang dengan senyuman dan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.

Badrul dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW pada 1 Oktober 2015.

Mula menyertai UMW sebagai Pengurus Besar Kanan di Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Disember 2010 dan dilantik sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif bagi Bahagian Minyak dan Gas UMW dari April 2011 hingga Disember 2011.

Beliau juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Korporat Kumpulan sebelum dilantik sebagai Ketua Operasi Kumpulan UMW pada Januari 2013.

Badrul terbabit dalam pengurusan kanan dan pengarah di beberapa organisasi seperti Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Proton, Lotus dan Kumpulan syarikat DRB-HICOM.

Disiarkan pada: June 1, 2020 @ 11:52am
d