mutakhir

Saring 800 banduan, kakitangan Penjara Sungai Buloh [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad; Amir Abd Hamid dan Muhaamad Hafis Nawawi

KAKITANGAN Penjara Sungai Buloh dan 800 banduan di penjara itu akan disaring susulan seorang bekas banduan warga asing didapati positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekas banduan itu menjalani hukuman penjara di situ pada 2016 sebelum dibebaskan pada 13 Mac lalu.

Menurutnya, lelaki itu didapati positif Covid-19 dan sudah dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih.

"Kita akan lihat kontak rapat dan akan saring, malah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak menjalankan saringan ke atas kakitangan penjara itu serta 800 tahanan (banduan).

"Ia dalam proses tindakan kita sekarang ini," katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kes banduan Penjara Sungai Buloh didapati positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 1, 2020 @ 6:30pm
    d