mutakhir

Moga TUDM terus disegani - PM

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghargai dan menyanjung tinggi khidmat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata, penghargaan itu diberikan berikutan jasa dan khidmat bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

"Semoga TUDM terus kekal sebagai sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada dunia," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TUDM ke-62 kepada seluruh warga TUDM.

Sambutan ulang tahun TUDM tahun ini disambut dengan normal baharu dengan bertemakan 'Berupaya Bersiaga Kedaulatan Terjaga'.

Disiarkan pada: June 1, 2020 @ 7:19pm
d