mutakhir

Lelaki Rohingya lari dari pusat kuarantin ditemui [METROTV]

Oleh Mahaizura Abd Malik

LELAKI Rohingya yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Tanjung Rambutan di Ipoh, semalam sudah ditemui kembali.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, warganegara asing terbabit yang ditahan pihak berkuasa kini ditempatkan kembali ke pusat itu untuk menghabiskan tempoh 14 hari kuarantin.

"Yang lari itu sudah pun ditangkap dan dimasukkan balik ke hospital," katanya mengenai Rohingya yang melarikan diri dari pusat terbabit.

Isnin lalu, kehilangan Rohim Mohd Zokaria, 27, disedari petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika membuat pemantauan kesihatan mereka yang dikuarantin di pusat ILKKM di Blok E-2-83.

Warga asing itu negatif Covid-19 namun perlu menjalani 14 hari kuarantin di pusat terbabit dilaporkan tiada dalam bilik sebelum usaha mengesannya dilakukan namun gagal sebelum satu laporan polis dibuat.

Berita berkaitan

  • Lelaki Rohingya lolos dari pusat kuarantin
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 2, 2020 @ 4:21pm
    d