mutakhir

Pengarah, pengurus syarikat buat tuntutan palsu direman [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

EMPAT lelaki termasuk seorang bekas pengarah di institut penyelidikan kerajaan yang disyaki membuat lapan tuntutan palsu bernilai RM68,000 direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap bekas pengarah berusia 56 tahun dan tiga lagi pengurus syarikat berusia antara 42 hingga 63 tahun dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim@Isa.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibawa ke pejabat SPRM Terengganu untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, kesemua suspek berpakaian biasa diiringi pegawai dan anggota SPRM, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada 9.40 pagi.

Bekas pengarah itu ditahan di pejabatnya di Perak, manakala tiga lagi di Ibu Pejabat SPRM Terengganu antara 10 pagi hingga 2.40 petang, semalam selepas diminta tampil memberi keterangan.

Tangkapan dibuat selepas mereka disyaki mengemukakan lapan tuntutan palsu bagi kerja-kerja pembekalan berjumlah RM68,000 yang tidak dilaksanakan sedangkan bayaran penuh sudah dilakukan pada 2018.

Berita berkaitan:

  • Ketua bahagian antara 4 individu ditahan rasuah
  • Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 12:19pm
    d