mutakhir

Warga Nepal selamba tunggang motosikal curi

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

PENGAWAL keselamatan warga Nepal ditahan selepas didapati menunggang motosikal curi di Batu Caves, semalam.

Terdahulu, suspek berusia 27 tahun dikesan selamba menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Selayang menahan suspek ketika membuat pemantauan di Taman Aman Siara, Batu Caves.

"Lelaki warga Nepal itu dikesan menunggang motosikal berwarna merah tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan.

"Siasatan awal mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Jinjang, Sentul pada 2018 lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, suspek ditahan manakala motosikal terbabit dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 2:26pm
d