mutakhir

Daftar perkahwinan dihadkan 4 orang sahaja

Oleh Hayati Ibrahim dan Suraya Roslan

PASANGAN bukan Islam yang mahu mendaftarkan perkahwinan mereka dihadkan kepada empat orang sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, prosedur operasi standard (SOP) itu sudah diperkenalkan dengan had tertentu.

"Kita membenarkan mereka mendaftar perkahwinan cuma jumlah empat orang saja iaitu pengantin lelaki, wanita dan dua saksi," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan.

Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 3:37pm
d