mutakhir

Kod QR digalakkan, bukan wajib [METROTV]

Oleh Hayati Ibrahim dan Suraya Roslan

KERAJAAN tidak mewajibkan premis perniagaan melakukan imbasan kod QR untuk pelanggan memasuki premis masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengunaan teknologi itu di beberapa negeri seperti Selangor yang menggunakan aplikasi Selangkah adalah digalakkan dan bergantung kepada negeri masing-masing.

"Ia (imbas Kod QR) bukan wajib kerana jika kita wajib, maka mesti ada dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), tetapi sama seperti memakai topeng muka, ia digalakkan.

"Arahan kita adalah tulis nama dan nombor telefon dan ia (imbas Kod QR) adalah tidak wajib. Ia mungkin peraturan negeri sahaja," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya berharap setiap negeri menyelaras peraturan seperti arahan yang dikeluarkan di peringkat pusat.

"Ada kedai makan di sebuah negeri dibuka sehingga 10 malam, ada di negeri lain sehingga 7 malam. Jika boleh, ia diselaraskan dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 4:14pm
d