mutakhir

Sembunyi rokok seludup dalam tong sampah

Oleh Siti Rohana Idris

SEORANG pemilik kedai runcit menyembunyikan rokok seludup dalam tong sampah selain beberapa lokasi di rumahnya di Kampung Kutan di sini.

Bagaimanapun, polis yang melakukan serbuan jam 2.30 pagi semalam, menemui 111 karton rokok terbabit bernilai kira-kira RM8,000.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, pemilik kedai runcit yang juga lelaki berusia 46 tahun kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.

"Suspek mengaku rokok seludup itu miliknya dan memperoleh bekalan daripada pembekal warga tempatan.

"Ia untuk pasaran sekitar Wakaf Bharu dan Tumpat," katanya dihubungi hari ini.

Rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 8:48pm
d