mutakhir

Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi [METROTV]

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri; Hayati Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri

KERAJAAN melanjutkan program subsidi upah membabitkan peruntukan RM9 bilion yang akan memberi manfaat kepada tiga juta tenaga kerja.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program berkenaan diperkenalkan menerusi Pakej Prihatin dan Prihatin PKS tambahan membabitkan RM5 bilion sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, program itu berjaya menyelamatkan lebih 2.2 juta pekerjaan.

"Bagi membantu syarikat dalam tempoh peralihan pembukaan semula ekonomi, kerajaan akan melanjutkan subsidi upah selama tiga bulan lagi.

"Memandangkan ekonomi dibuka secara berperingkat, subsidi upah ini ditetapkan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja bagi setiap syarikat," katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, majikan dari sektor pelancongan dan sektor dilarang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga boleh memohon subsidi upah berkenaan.

"Bagi pekerja sektor pelancongan dan sektor-sektor tersenarai dalam aktiviti ekonomi dilarang sepanjang PKPB serta diarah cuti tanpa gaji, majikan boleh memohon subsidi upah.

"Dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran secara langsung," katanya.

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Disiarkan pada: June 5, 2020 @ 4:15pm
    d