mutakhir

Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember [METROTV]

Oleh BERNAMA

KERAJAAN dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari 8 pagi hingga 6 petang, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), beliau berkata inisiatif internet percuma itu disediakan sehingga 31 Disember 2020 yang antara lain membolehkan pengguna melayari laman web pendidikan dan aplikasi persidangan video.

"Selain itu semua pengguna akan mendapat akses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi Covid-19 kerajaan khususnya MySejahtera," katanya.

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Disiarkan pada: June 5, 2020 @ 4:17pm
    d