mutakhir

Empat langkah aktifkan industri pelancongan [METROTV]

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri; Hayati Ibrahim; Raja Noraina Raja Rahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri

KERAJAAN akan melaksanakan beberapa langkah cukai untuk mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertamanya, melanjutkan tempoh penangguhan selama tiga bulan bagi agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan ke atas anggaran cukai yang kena dibayar bagi tempoh 1 April hingga 30 September depan.

Katanya, penangguhan akan bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember.

"Kedua, mengecualikan cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai hingga 30 Jun 2021.

"Ketiga, pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September hingga 30 Jun 2021," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.

Perdana Menteri berkata, keempat adalah pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang sudah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun depan.

Berita berkaitan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA):

  • Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember
  • RM50 masuk e-dompet
  • Pengecualian cukai jualan kereta penumpang
  • RM300 untuk OKU, ibu tunggal
  • Individu hilang pekerjaan boleh tuntut elaun latihan
  • Waktu operasi UTC dilanjutkan
  • Majikan ambil pekerja dapat insentif
  • Pengangkutan awam tanpa had dengan MY30
  • Program subsidi upah dilanjutkan 3 bulan lagi
  • Inisiatif beli barangan Malaysia
  • RM75 juta bantu ekonomi gig
  • Empat langkah aktifkan industri pelancongan
  • Geran untuk pengendali taska
  • 80 peratus kes Covid-19 pulih sepenuhnya
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara diperkenal
  • Disiarkan pada: June 5, 2020 @ 4:30pm
    d