mutakhir

Mujur abang bomba pandai pujuk

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

GUNA taktik pujuk sebelum berjaya menghalang seorang wanita daripada bertindak membunuh diri di sebuah apartmen di Jinjang, Kuala Lumpur tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.06 petang.

"Seramai lapan pegawai dan anggota bomba bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami mendapati seorang wanita berusia lingkungan 40-an cuba membunuh diri dengan berdiri di hujung bumbung bangunan," katanya ketika dihubungi tadi.

Katanya, pihak bomba mengambil masa beberapa minit untuk memujuk wanita terbabit sebelum wanita itu membatalkan niat berkenaan.

"Wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: June 5, 2020 @ 8:05pm
d