mutakhir

Agih 200 kit makanan

Oleh Siti Rohana Idris

SEBANYAK 200 kit makanan diagihkan kepada penarik beca, gelandangan dan asnaf di sekitar Kota Bharu, hari ini.

Kit makan tengah hari sempena Aidilfitri itu disediakan gabungan 14 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Gabungan NGO Hadapan Kelantan (GOHEKelate) dan penerima menerimanya secara pandu lalu di hadapan Rumah Amal Tengku Mohammad Faris Petra.

Pengerusinya, Tuan Hissam Tuan Mamat berkata, sumbangan itu mendapat kerjasama daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan.

"Agihan dibuat bermula 12.30 tengah hari sehingga 2 petang dan bagi pengayuh beca serta asnaf, mereka hanya perlu datang mengambil dan terus pulang bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Bagi agihan kepada gelandangan pula, sebanyak 30 kit akan diagihkan petugas kepada mereka yang berada di sekitar bandar ini," katanya.

Disiarkan pada: June 6, 2020 @ 3:53pm
d