mutakhir

Tambat nyatakan sokongan, Syed Abu Hussin sertai BERSATU

Oleh Rafidah Mat Ruzki

AHLI Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang hari ini menyampaikan aku janjinya, menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan itu dikongsikan pengendali akaun Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini, selepas Tambat menemui Muhyiddin di Putrajaya.

Tambat yang sebelum ini dilantik sebagai Naib Presiden PKR, mengumumkan keluar daripada parti itu semalam dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebelum menyertai PKR.

Muhyiddin turut menerima kunjungan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang sebelum ini wakil rakyat bebas, hadir menyerahkan borang keahlian menyertai parti BERSATU.

Disiarkan pada: June 6, 2020 @ 4:39pm
d