mutakhir

Panik 10 minit terperangkap dalam kereta

Oleh Nurul Amanina Suhaini

KANAK-kanak perempuan berusia tiga tahun terkunci di dalam kereta di sebuah kediaman di Jalan Denai 11, Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Kamal Shaari berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.58 petang, sebuah jentera bersama sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

"Anggota dapati kanak-kanak perempuan terkunci di dalam Proton Saga BLM di parkir rumah.

"Kejadian berlaku ketika keluarga itu mahu keluar dan mangsa diletakkan di tempat duduk hadapan dengan enjin dihidupkan.

"Bapa mangsa masuk ke rumah sebentar dan sekembalinya dia mendapati pintu kereta itu terkunci dipercayai dikunci oleh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak yang terperangkap kira-kira 10 minit itu berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.24 petang.

Disiarkan pada: June 7, 2020 @ 8:34pm
d