mutakhir

Orang awam tidak dibenar guna pintu masuk UM

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

AKSES pintu masuk dan keluar kampus Universiti Malaya (UM) adalah dihadkan kepada staf, pelajar dan staf Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) serta Pusat Specialist Universiti Malaya sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pejabat Komunikasi Korporat UM dalam satu kenyataan berkata, orang awam juga tidak dibenarkan untuk menggunakan laluan dalam kampus sebagai jalan pintas.

"Pelawat yang memasuki kawasan kampus atas urusan rasmi serta perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan dikehendaki mendaftar dengan pegawai keselamatan di pintu masuk kampus.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan," katanya.

Ia sebagai langkah untuk menjamin keselamatan warga kampus terhadap penularan wabak Covid-19.

Disiarkan pada: June 7, 2020 @ 11:02pm
d