mutakhir

'Jarakkan' pendaftaran MySejahtera [METROTV]

Oleh Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan memanjangkan tempoh pendaftaran MySejahtera berikutan berlakunya kesesakan pendaftaran susulan pengumuman RM50 akan dikreditkan dalam e-dompet bagi mereka yang memuat turun aplikasi itu

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, susulan pengumuman itu, MySejahtera menerima 700,000 pendaftaran serentak dalam masa seminit.

"Jadi mereka yang ingin memuat turun aplikasi itu juga dinasihatkan mengadakan 'penjarakan' ketika mendaftar supaya tidak berlaku kesesakan.

"Jika semua mendaftar serentak dalam sejuta atau dua juta dalam seminit sudah pasti akan berlaku kesesakan," katanya pada sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM mungkin akan pertimbangkan untuk memanjang tempoh pendaftaran dalam tempoh seminggu untuk membolehkan semua orang mendaftar.

Laman Twitter KKM hari ini turut memaklumkan pendaftaran untuk aplikasi MySejahtera sesak pada masa ini dan menasihati orang ramai supaya menccuba selepas beberapa jam.

Harian Metro hari ini melaporkan kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi berkenaan.

Berita berkaitan:

  • Kredit RM50 e-dompet lepas muat turun MySejahtera [METROTV]
  • RM50 masuk e-dompet [METROTV]
  • Disiarkan pada: June 8, 2020 @ 6:10pm
    d