mutakhir

Mesyuarat Kabinet esok tentukan SOP sekolah

Oleh Saipul Adli Mohamad; Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Redzuan Muharam

HASIL perbincangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) sesi persekolahan akan dibentangkan ke Mesyuarat Kabinet, esok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Pendidikan namun keputusan akan diserahkan kepada Kabinet.

"Keputusan perbincangan akan dibentangkan (ke Mesyuarat Kabinet) dan pengumuman akan dibuat selepas itu.

"Sebaik keputusan diumumkan, tindakan susulan akan dibuat oleh semua kementerian berkaitan," katanya dalam sidang media harian Covid-19, hari ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini memaklumkan sesi persekolahan akan dibuka kepada pelajar kelas peperiksaan tingkatan lima dan enam terlebih dulu.

Pengumuman pembukaan sesi persekolahan itu akan dibuat dua minggu lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan ibu bapa dan pelajar.

Sekolah akan dibuka dengan mengamalkan normal baharu khususnya jumlah pelajar setiap kelas yang akan dikurangkan bagi membolehkan penjarakan sosial diamalkan.

Disiarkan pada: June 9, 2020 @ 7:46pm
d