mutakhir

Majikan perlu saring Covid-19 pada bakal pekerja

Oleh Saipul Adli Mohamad; Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Redzuan Muharam

MAJIKAN dikehendaki menjalankan ujian saringan terhadap kakitangan baru sebelum mengambil pekerja terbabit bekerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sebahagian syarat perlu dipatuhi majikan sebagai langkah pencegahan Covid-19 sebelum membenarkan kakitangan baru memulakan perkhidmatan.

"Kes terkini kurang daripada tiga peratus dan menunjukkan penurunan.

"Namun, apa yang penting kini adalah menjalankan ujian saringan sebelum mengambil pekerja.

"Ini bermakna, majikan perlu memastikan semua kakitangan baru yang diambil bekerja menjalani saringan," katanya

pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di Putrajaya tadi.

Dalam sidang media berkenaan, Dr Noor Hisham berkata, tiada kes positif Covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia dicatatkan hari ini.

Manakala terdapat 281 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari tadi.

Disiarkan pada: June 9, 2020 @ 7:52pm
d