mutakhir

Masuk Sabah tanpa ujian saringan Covid-19 ada syaratnya

Oleh Rafiqah Dahali

KERAJAAN negeri memutuskan untuk memberi kelonggaran perjalanan masuk ke Sabah menerusi pengecualian melakukan ujian saringan Covid-19.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, kelonggaran terbabit diberikan dengan ketetapan tertentu.

"Kita memutuskan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam, pekerja sektor swasta, penduduk dari Labuan dan rakyat Sabah yang berada di Labuan dengan mengecualikan mereka menjalani ujian saringan Covid-19.

"Walaubagaimanapun bagi mereka yang bukan rakyat Sabah dan bukan warganegara Malaysia, diwajibkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri.

"Golongan terbabit harus mengemukakan pas kerja dan pas lain yang masih sah setibanya di Sabah," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan negeri Sabah membenarkan warganegara Malaysia memasuki Sabah sama ada menerusi udara, darat dan laut.

Disiarkan pada: June 10, 2020 @ 4:45pm
d