mutakhir

Petugas barisan hadapan maut

Oleh Melvin Joni

SEORANG kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis KTM yang ditunggangnya terbabas di Jalan Kuching-Sri Aman, di Kuching, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Sri Aman menuju Serian sekitar jam 9.17 pagi.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Iskandar Beka Liewman, 35, parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas melanggar pembahagi jalan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: June 12, 2020 @ 3:41pm
d