mutakhir

Empat nelayan hilang ditemui selamat [METROTV]

Oleh Zuhainy Zulkiffli

EMPAT nelayan tempatan yang dikhuatiri hilang ditemui selamat kira-kira jam 5.30 petang, tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan, keempat mereka ditemui selamat oleh nelayan berhampiran.

"Kesemua nelayan terbabit selamat ditemui petang tadi oleh nelayan.

"Kesemuanya dijangka tiba ke jeti Sungai Udang kira-kira jam 9 malam," katanya.

Terdahulu, bot dinaiki nelayan tempatan dari Sungai Udang itu dikhuatiri karam selepas dipukul ombak kuat di kedudukan 14.3 batu nautika barat Pulau Kendi, dekat sini.

Nelayan terbabit dikenali Beh Poh Keat, 49, bersama anaknya, Beh Jong Liang, 23, serta dua awak-awak yang belum dikenal pasti.

Operasi mencari menyelamat (SAR) turut dilakukan oleh Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) bersama Pasukan Polis Marin dan lima bot nelayan.

Disiarkan pada: June 12, 2020 @ 9:07pm
d