mutakhir

Lelaki warga Indonesia mati ditetak

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SEORANG lelaki warga Indonesia ditemui mati akibat dibunuh di Jalan Segambut, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam 8.20 pagi.

"Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring dan ada kesan tetakan di leher, muka dan badan lelaki itu.

"Pemeriksaan turut menemui beberapa kesan tikaman di perut dan bahagian badan lain," katanya pada kenyataan.

Shanmugamoorthy berkata, pemeriksaan turut menemui dokumen peribadi dipercayai milik mangsa.

"Setakat ini, tiada saksi yang melihat kejadian malah kawasan berkenaan juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Bedah siasat akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Disiarkan pada: June 13, 2020 @ 7:14pm
d